Assalammualaikum dan selamat pagi sahabat pembaca ;
Baik, hari ini jom kita lihat apakah berita terbaru mengenai pasaran minyak atau lebih dikenali sebagai Crude Oil Trading.
Moscow – 19 January, Rusia meningkatkan peratus import minyak mereka kepada 8 kali ganda pada November 2020 setelah sistem Moratorium ditamatkan. Kerajaan Rusia mengimport bahan bakar / minyak mereka November 2020 dengan jumlah 13,800 tan yang hampir 8 kali ganda berbanding pada bulan Oktober 2020, berita dilaporkan oleh pihak Kastam Persekutuan Rusia pada hari isnin semalam. Moratorium selama 4 bulan ke atas minyak/Petrol telah ditamatkan pada Oktober 2020 yang lalu. Dari segi kewangan pula, kerajaan Rusia dilapor membelanjakan sebanyak 4.9 Juta kepada sektor import mereka yakni menghampiri 7 kali ganda lebih banyak dari bulan sebelumnya.
Pada musim bunga 2020 yang lalu, pasaran bahan bakar dilanda kejutan serius akibat pandemik Covid-19. Disebabkan itu, pihak kerajaan Rusia bertindak menerapkan proses pengasingan (isolation) dari kemasukkan umat manusia di seluruh dunia. Menurut Kementerian Tenaga Rusia, setelah berlakunya penurunan sebanyak 40% di beberapa wilayah Rusia terhadap permintaan (Demand) bahan bakar mereka mengambil keputusan untuk menurunkan had minimum penjualan minyak di bursa, dan pihak kerajaan Rusia juga memperkenalkan larangan sementara kepada proses import petrol dan diesel berkuatkuasa pada 2 Jun 2020 sehingga 1 Oktober 2020 yang lalu. Keputusan ini terpaksa diambil atas faktor syarikat minyak tidak memperolehi keuntungan untuk membekal bahan bakar kepada pengguna.
Baik sahabat, dari berita terbaru yang dikeluarkan oleh website www.energyexch.com berkenaan dengan peningkatan peratusan import minyak di negara Rusia ini bagi penulis ini sedikit sebanyak memberi implikasi sederhana kepada pasaran Minyak dunia. Tetapi berita ini tidak memberi kesan yang agresif kepada harga minyak dunia.
Nantikan artikel terbaru dari penulis esok mengenai info trading semasa, sekiranya sahabat pembaca ada sebarang cadangan atau pertanyaan sila tinggalkan komen dan penulis & team akan cuba usahakan ya. Oh! jangan lupa ya untuk dapatkan khidmat nasihat dari sahabat penulis forex4you. Forex4you merupakan sebuah broker antarabangsa yang telah berada di pasaran semenjak tahun 2006. Di Malaysia Forex4you telah membuka pejabat operasi semenjak tahun 2007 di Kuala Lumpur. Forex4you di audit oleh KPMG setiap tahun dan telah mematuhi tahap piawai yang tinggi serta sebuah broker regulated yang mempunyai pelanggan di seluruh dunia. khidmat sokongan tempatan serta perkhidmatan Local Depositor memudahkan lagi untuk anda berurusniaga.
sekiranya anda ingin maklumat lanjut anda boleh terus hubungi kami di talian 012-2963403
Untuk membuka akaun trading di forex4you anda boleh membuka melalui pautan link dibawah :
https://account.forex4you.com/en/user-registration/?affid=z7jtdob#/personal-details