- Forex Boleh Buat Untung Sehingga 200% Sehari
Ramai yang bercakap bahawa jika kita ada sedikit duit pun, sudah boleh memulakan trade forex dan terus untung berpuluh kali ganda dari nilai tersebut. Maaf, ini suatu pemikiran yang salah kerana itu bukanlah sebuah trading tetapi ia dipanggil sebagai “gamble”. Kenapa gamble ? Kerana anda judikan duit anda, dan ini lah yang membuatkan ia jatuh haram.
Forex merupakan sebuah perniagaan yang “High Risk, High Return”, dimana mereka yang gagal sering meletakkan harapan sehari boleh untung sehingga 200% atau lebih. Bukan ia tak boleh berlaku, boleh memang boleh tapi kebanyakkan mereka yang memasang niat dan harapan begitu sering tidak menggunakan ilmu trading yang sepatutnya, tetapi lebih kepada sembrono saja didalam trading. Jika anda ada niat yang sama, dinasihatkan supaya tinggalkan dunia forex ini, Forex tidak sesuai untuk anda. Jika anda teruskan pemikiran dan gaya trading yang sedemikian, ia akan membuat anda semakin rugi dan kehilangan wang yang banyak!. - Forex Hanya Semudah “Buy and Sell”
Tak salah jika tanggapan sebegini wujud didalam masyarakat, tetapi anda perlu tahu bahawa apa jua jenis perniagaan memerlukan ilmu, begitu juga forex trading ini. Anda perlu tahu tujuan anda yang sebenar didalam menjual dan membeli sesuatu pasangan matawang. Dalam melakukan entry, ia tidak boleh ikut sedap rasa sahaja, ia memerlukan pemerhatian, analisis dan teknik yang tepat. Jika jual beli forex trading ni boleh dibuat mengikut sesedap rasa kita sahaja, percayalah cakap admin bahawa tahun depan tiada lagi trader forex dalam dunia ni. - Trade Forex Ialah Orang Kaya Yang Ada Lamborgini
Jangan teruskan anggapan begini, bahaya! Ramai yang berfikiran bila join forex je terus kaya, terus boleh beli Lamborgini dan sebagainya. Lepas tu terjumpa pula rakan yang dah lama jadi trader forex cuma pakai kereta kelisa sahaja, hidup terumbang-ambing dan mendengarkan cerita tentang rugi sahaja dari rakan tersebut. Kemudian anda pula jadi berbelah bahagi dan berfikiran negatif terhadap forex dek kerana apa yang anda lihat dan dengar dari rakan anda tersebut. Ingin saya tegaskan, bahawa anda sudah salah anggap!, Ya memang anda berjumpa dengan trader forex, tapi dia belum berjaya dan mungkin juga dia belum jumpa teknik dan sifu yang betul untuk membimbingnya didalam industri forex trading ini. Anda tidak perlu bandingkan pencapaian dan kegagalan rakan anda itu didalam forex dengan pencapaian dan kejayaan yang bakal anda kecapi. Suka min nak ingatkan, didalam apa jua jenis perniagaan pabila ada yang menceritakan kegagalan dan kesusahan mereka dalam mengaut keuntungan dan mencapai kejayaan, anda perlu berfikiran terbuka dan bersedia ketika mendengarnya. Kenapa admin cakap begini? kerana anda hanya perlu mengambil ceritanya itu sebagai tauladan dan pengalaman dari seseorang yang belum mencapai kejayaannya, jadikanlah kisah-kisah dan cerita mereka itu sebagai pembakar semangat untuk anda lebih mara dan berjaya ke hadapan lagi lagi didalam bidang Forex Trading ini. Pencapaian sesuatu bidang bergantung kepada diri sendiri! - Forex Adalah Skim Cepat Kaya
Forex bukan skim cepat kaya, atau bahasa saintifiknya MLM. Tapi ada yang kaya cepat dengan forex. Bagaimana pula tu? Ilmu, mereka cepat kaya dengan forex menggunakan ilmu dan saluran yang betul tuan-tuan, tiada manusia yang kaya tiba-tiba tanpa berkerja keras dan mempunyai ilmu yang banyak. Ilmu dan kepandaian mempercepatkan perjalanan sesuatu bidang. Sama seperti saham juga, Jual Beli. Ada naik dan ada turun. Tapi kalau anda nak kaya dengan cepat perlulah mengambil kira dari segi Return On Invesment didalam business, betul tak? Dan ia mestilah realistik dengan modal,kesanggupan dan kesungguhan kita. Jangan pula anda meletakkan harapan jika anda deposit sebanyak USD100 dan akan mendapat pulangan RM30 ribu 50 ribu sebulan ya. Tak salah jika anda laburkan USD100 itu untuk belajar dan merasai sendiri feel trading dengan real money. - Forex Adalah Sebuah Perniagaan Yang Merugikan
Forex dan rugi, rugi dan forex seperti sudah sinonim begitu. Kenapa? Kerana trader “Gamble” yang malas menuntut ilmu dan mengaku sebagai trader professional. Sebaliknya mereka adalah seorang trader yang “gamble” dengan modal yang ada, bila dah kalah dah rugi dipersalahkan pula perniagaan forex trading ini. Bagi saya pemikiran dan individu begini, ia tidak adil dan tidak bertanggungjawab. Bila diri anda sendiri yang tidak berusaha mencari ilmu dengan bersungguh-sungguh dan hanya mengharapkan rasa-rasa anda saja, anda fikir kejayaan dan kebahagiaan itu akan datang bergolek-golek kepada anda? Tidak tuan-tuan dan puan-puan!
Untuk Forex Trading ini ia memerlukan masa. Ambil masa, belajar dulu, biasakan diri trading dengan demo akaun dulu. Dah biasa nanti bila dah rasa yakin dengan ilmu dan teknik yang anda gunakan baru buka real akaun, dan deposit sedikit dahulu. Dan min nak ingatkan lagi, untuk deposit forex ni sebaiknya gunakanlah duit lebihan anda, jangan gunakan duit belanjawan barangan dapur, rumah dan keluarga ya! Kenapa pula min? duit saya suka hati saya lah! Terpulang, admin cuma nasihatkan aje supaya nanti kalau-kalau anda mengalami kerugian didalam membuat trading nanti tidak lah anda terduduk dan terkapai-kapai mencari duit untuk makan, bayar sewa dan sebagainya.
Pasti ramai yang dah bersedia dan yakin nak trading juga tu kan ? Okay-okay jom min tolong, anda gunakan link dibawah ini untuk pendaftaran baru ya! Kalau ada apa-apa masalah boleh hubungi nombor yang admin letak dibawah tu ya.
https://account.forex4you.com/en/user-registration/?affid=z7jtdob#/personal-details
Sebarang pertanyaan, sila hubungi terus nombor talian ini :
019-3360561
www.wasap.my/6019-3360561/Forex4U