Ramai trader atau bukan trader terlibat dalam pelaburan emas, ada yang menjadikannya sebagai platform pelaburan dan ada juga yang memilihnya sebagai instrumen kalis inflasi.Tetapi tidak ramai yang tahu apa yang dimaksudkan dengan susut nilai emas atau ‘spread’ itu sendiri kan ?. Bagi membantu korang menjawab persoalan ini, jom min nak kongsikan serba sedikit berkaitan dengan ‘spread’ atau susut nilai emas yang sebenar.
Susut Nilai Emas
Susut nilai emas atau juga dikenali sebagai ‘spread’ adalah perbezaan harga belian dan juga harga jualan emas. Susut nilai emas ini juga digunakan sebagai kayu ukur untuk mendapatkan keuntungan berdasarkan berat emas yang dibeli. Susut nilai emas biasanya boleh dianggarkan dalam peratus dan sekiranya harga emas melebihi nilai tersebut, maka kita sudah boleh menjual emas tersebut untuk mendapatkan keuntungan.
Bagi mengira peratus susut nilai emas, formula susut nilai emas adalah seperti berikut :
Harga jualan – Harga belian = Jumlah susut nilai emas tersebut
Admin bagi korang contoh mudah supaya korang senang untuk faham ya :
Pada tahun lalu 2020, harga jualan emas adalah RM247 per gram dan harga beliannya adalah RM230, maka nilai susut emas tersebut adalah RM17. Peratusan untuk susut nilai emas tersebut adalah sebanyak 3.33%.
Untuk pengetahuan anda, tiada pihak tertentu yang menyelia atau meletakkan had susut nilai emas ini. Susut nilai emas ini biasanya ditentukan oleh tukang emas itu sendiri dan mereka yang menentukan berapa susut nilai yang patut diletakkan kepada pelanggan mereka.
Rugi Ke Kalau kita Beli dan Terus Jual Emas ?
Ya sangat rugi kalau anda terus menjual emas tersebut selepas membelinya. Emas adalah pelaburan jangka masa panjang dan kerana itulah ianya diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain.
Kesimpulannya, sebelum membeli emas kita kena pastikan korang mencari susut nilai emas yang paling rendah. Susut nilai emas biasanya akan membolehkan kita membuat keuntungan dalam pelaburan emas dengan lebih cepat.
Min harap anda semua yang baca perkongsian hari ini dapat manfaatnya dan berjaya didunia mahupun di negeri akhirat.
Kepada trader-trader atau sahabat yang nak buat pendaftaran, boleh gunakan link dibawah ini ya :
https://account.forex4you.com/en/user-registration/?affid=z7jtdob#/personal-details
Sebarang pertanyaan, boleh direct contact dengan min terus tau :
011-10666609
www.wasap.my/6011-10666609/IslamicFx4You