Bagi seorang trader, perkara yang amat sukar untuk dilalui dan mencabar ialah menangani emosi ketika berdepan dengan kerugian. Tekanan yang dirasai akan mengganggu persekitaran trading anda.
Jadi dalam perkongsian hari ini, min nak share tips untuk meredakan kecelaruan anda. Jika sekarang ini anda sedang dibelenggu kerugian, ini masa yang tepat dan terbaik untuk membaca perkongsian menarik min hari ini. Semoga bermanfaat!
#1 Jangan wujudkan perasaan untuk membalas dendam keatas market
Kebanyakkan trader apabila emosi yang mengawal diri, pasti akan timbul rasa marah dan geram dengan market, dari situ mula lah nanti nak balas dendam dan fikir 1001 cara nak kembalikan keuntungan dan profit yang lebih berganda dari kerugian yang dialami. Pastikan anda lebih berdisiplin dan rasional dalam mengawal emosi sebaiknya untuk tidak melakukan kesilapan yang besar untuk hal seperti ini. Jika diteruskan dengan niat tersebut, percayalah anda akan mengalami kerugian yang berlipat kali ganda dari sebelum ini.
#2 Kerugian bukan suatu kesalahan
Sebagai trader, anda perlu sedar dan fahami dengan baik bahawa mengalami kerugian adalah bukan suatu kesalahan yang besar dan jangan jadi seorang trader yang cepat berputus asa pabila melihat kerugian pada akaun trading anda. Trader profesional juga tidak dapat lari untuk berdepan dengan situasi kerugian kerana ia merupakan sebuah proses yang normal dalam trading. Tiada trader yang tidak pernah rugi, semuanya merasai detik dan pengalaman yang sama cuma jumlah nya aje yang berbeza. Dan pengawalan risiko yang berkesan juga sangat penting dalam proses trading, ini akan membantu sekiranya kita sedang mengalami kerugian didalam trading.
#3 Jadikan setiap kerugian yang dialami sebagai suatu pengajaran untuk mantapkan kemahiran trading anda
Trader profesional yang berjaya juga mengakui bahawa antara faktor penting yang menyumbang kepada peningkatan skill trading mereka adalah berada didalam posisi yang mengalami kerugian, kerana dari situ mereka melakukan kajian demi kajian untuk memantapkan kemahiran dan mengurangkan risiko kerugian didalam trading. Sama seperti istilah yang berbunyi, kita akan berjaya jika belajar dari kegagalan.
Belajarlah dari kerugian yang anda alami, cari dan tambahlah ilmu trading anda supaya di masa akan datang anda berjaya mengurangkan peratusan kerugian itu!
Dalam apa jua bidang yang kita ceburi, kecekalan dan kekuatan dalaman sangat penting untuk kita persiapkan fizikal dan mental dalam menghadapi sesuatu kegagalan dan kerugian. Ia merupakan suatu bentuk ujian dan pengajaran untuk kita lebih maju di masa depan. Semoga anda terus maju dan berjaya!
Kepada anda yang berminat untuk menjadi trader, daftar melalui pautan link dibawah ini :
https://account.forex4you.com/en/user-registration/?affid=z7jtdob#/personal-details
Sebarang pertanyaan boleh hubungi min ditalian :
019-3360561
www.wasap.my/6019-3360561/Forex4U