[ 11 Ogos 2021 ] Berita Terkini Pasaran Emas Dunia :
Emas naik pada pagi Rabu di Asia tetapi pengukuhan dolar dan kenaikan hasil bon yang membatasi keuntungan untuk logam kuning.Niaga hadapan emas meningkat 0.12% kepada $ 1,733.85 pada 11:42 PM ET (3:42 AM GMT). Dolar, yang biasanya bergerak terbalik ke emas, naik pada hari Rabu dan mendekati paras tertinggi tiga minggu.
Senat A.S. juga meluluskan rancangan infrastruktur besar pada hari Selasa, yang kini akan diundi oleh Dewan Perwakilan. Berita itu menghantar hasil Perbendaharaan A.S. ke tahap tertinggi sejak pertengahan Julai 2021 dan saham A.S. juga ditutup pada paras tertinggi. Segera setelah meluluskan rang undang-undang tersebut, Senat memulai perdebatan mengenai rancangan perbelanjaan $ 3.5 trilion. Pelabur kini menunggu data A.S., termasuk indeks harga pengguna utama, yang akan dikeluarkan pada hari itu, untuk mengukur tekanan inflasi serta langkah seterusnya Rizab Persekutuan A.S.Kenaikan inflasi semasa tidak boleh mendorong Fed untuk mulai meruncing aset atau menaikkan suku bunga sebelum waktunya, kerana lebih banyak bulan data pekerja diperlukan sebelum ada perubahan pada dasar monetari, kata Presiden Chicago Fed Charles Evans. Komen Evans berbeza dengan sikap Fed baru-baru ini, yang mendorong pertaruhan pada aset yang lebih awal daripada yang dijangkakan dan menjadikan emas jatuh ke paras terendah empat bulan pada hari Isnin.
Pada logam berharga lain, perak turun 0.1% kepada $ 23.29 per auns. Platinum meningkat 0.7% sementara paladium stabil pada $ 2,640.75.
Pasaran Emas 999 Dunia Hari Ini – 11 Ogos 2021
Berdasarkan analisa harga Emas hari ini 11 Ogos 2021 harga semasa emas pada ketika ini berada di paras 1,732 USD per Ouns berbanding awal minggu ini pada 9 hb Ogos harga per Ouns berada di paras 1,752 USD per Ouns, ini menunjukkan Emas mencatatkan penurunan yang drastik sebanyak 20 USD. Ini juga merupakan harga semasa bagi pasaran emas per Ouns untuk pertengahan bulan Ogos 2021. Ketika ini kita masih menantikan apakah candle yang akan terbentuk sama ada Bearish atau Bullish. Jika Bullish harga dijangka akan naik untuk menuju keparas 1737 USD atau jika Bearish harga akan turun keparas 1,725 USD pada malam ini atau awal pagi esok.
Jika kita perhatikan pergerakan pasaran semasa Emas didalam Spot Trading Chart, harga semasa yang dicatatkan didalam trading chart ini per Ouns Emas berlegar legar sekitar 1,732 USD. Berdasarkan pemerhatian yang jelas didalam Spot Trading Chart ini kita dapat lihat bahawa penurunan harga emas amat membimbangkan, pada bulan Mei yang lalu harga Emas berada diparas yang agak baik iaitu pada paras 1,903 USD per Ouns berbanding pada hari ini harga semasa Emas hanya berlegar-legar sekitar 1,732 USD. Jurang yang sangat banyak terhasil melalui perubahan harga semasa kini, perbezaan sebanyak 171 USD berlaku diantar bulan Mei 2021 hingga Ogos 2021, kita percaya harga emas dunia menunjukkan kadar penurunan yang tinggi ini berikutan situasi Covid-19 yang semakin teruk melanda dunia pada 3 bulan kebelakangan ini , ditambah pula dengan kewujudan varian Delta & Delta Plus yang menambah keruhkan keadaan. Hal ini membuatkan ramai traders emas berada dalam posisi berjaga-jaga untuk menghadapi pelbagai kemungkinan, sama ada harga emas akan melonjak naik atau menjunam turun dengan banyak. Bagi anda yang trading Emas, Sudah pasti anda mengharapkan agar harga Emas dunia kembali stabil dan menunjukkan trend kenaikkan pada harga agar yang optimum dan realistik untuk mengaut keuntungan.
Harga Emas Terkini dipasaran Malaysia
Berdasarkan harga yang dikeluarkan oleh Public Gold pada hari ini, harga emas 999 bagi 100 gram berharga sekitar RM 25,307 dan ini merupakan harga yang dijual oleh PG ya. Untuk harga PG beli pula bagi 100 gram adalah sebanyak RM23,356. Baik mari kita lihat pula harga asas bagi 1 gram emas 999, harga asas emas hari ini berada sekitar RM253, dan jika di toko toko emas yang lain harganya mungkin berlegar legar antara RM260 hingga RM265, ini adalah anggaran kasar admin sahaja, untuk mendapatkan kepastian yang lebih tepat dan jelas berkenaan harga semasa emas di pasaran Malaysia anda boleh pergi ke kedai emas yang berdekatan.Selagi harganya masih mampu milik, laburkan lah wang kita untuk pelaburan anti-inflasi ini yang sudah pasti tidak merugikan kita di masa hadapan malah menguntungkan kita juga.
Jom Trading Emas bersama broker IslamicFx4You
Semua jenis perniagaan didunia ini memerlukan ilmu untuk kita kendalikannya, tanpa Ilmu kita tidak boleh menjalankan urusniaga dengan baik khususnya perniagaan emas kerana ia akan memberi risiko serta beban dan boleh membuatkan kita kehilangan modal yang sangat banyak. Oleh yang demikian, anda perlu memikirkan terlebih dahulu sama ada sudah bersedia dari segi kewangan, ilmu pengetahuan dan mental dalam mengharungi aktiviti trading ini. Ia sememangnya perniagaan berisiko namun ia juga boleh memberikan pulangan yang lumayan dan cepat berbekalkan ilmu trading yang kita pelajari. Untuk itu anda perlu memahami asas Emas/Gold terlebih dahulu serta mempelajari bagaimana untuk mengukur arah pergerakan pasaran semasa dan akan datang.
Dah bersedia untuk trade bersama kami? Jom Jana Profit bersama Kami Kerana Anda Traders Yang Kami Cari !
Forex4you merupakan sebuah broker antarabangsa yang telah berada di pasaran semenjak tahun 2006. Di Malaysia Forex4you telah membuka pejabat operasi semenjak tahun 2007 di Kuala Lumpur. Forex4you di audit oleh KPMG setiap tahun dan telah mematuhi tahap piawai yang tinggi serta sebuah broker regulated yang mempunyai pelanggan di seluruh dunia. khidmat sokongan tempatan serta perkhidmatan Local Depositor memudahkan lagi untuk anda berurusniaga.
sekiranya anda ingin maklumat lanjut anda boleh terus hubungi kami di talian
011-10666609
wa.link/xd9puu (Whatsapp Link)
Untuk membuka akaun trading Gold di forex4you anda boleh membuka melalui pautan link dibawah https://account.forex4you.com/en/user-registration/?affid=z7jtdob#/personal-details