Analisa Teknikal-Siri belajar forex (bab1)
Analisa teknikal ini adalah paling banyak di gunakan oleh trader-trader,kerana mudah untuk memahami,walaupun teknikal ini tidak berapa tepat 100% tapi dapat membantu membuat analisa telebih dahulu sebelum berdagang
Jika kita menggunakan banyak indikator dalam satu chart, perlu di elakan supaya tidak memeningkan,kerana tidak perlu banyak indikator untuk analisa pasaran tidak semesti nya perlu banyak indikator,cukup dapat memahami fungsi indicator itu, walaupun hanya digunakan satu dan dua indicator sahaja sudah memadai.mana –mana pihak atau individu sekali pun tidak dapat meramal apa yang bakal terjadi pada masa akan datang depan termasuklah indikator yang terdapat di chart forex sekali pun tidak tepat 100% hanya dapat membantu memudahkan analisa sahaja
Apa yang di maksudkan Analisa teknikal itu?
Analisa teknikal ini adalah asas dari chart itu sendiri sebagai sejarah-sejarah lalu yang di panggil (historical)segala pergerakan harga ianya cuba untuk memahami apa yang berlaku dalam pasaran forex yang di sebut sebagai price action di pasaran forex,dengan analisa teknikal ini sudah cukup untuk trading dalam pasaran forex, jika tidak memahami analisa fundamental sekali pun kita dapat trade hanya menggunakan analisa teknikal semata-mata
Jenis-jenis chart
Terdiri dari tiga jenis chart yang di gunakan
-Candlestick chart
– Bar chart
-Line chart
Contoh seperti di bawah
Kebanyakan trader memilih candlestick chart,ada juga yang menggunakan bar chart dan line chart bergantung pada diri masing-masing,tetapi price masih tetap sama Cuma dari sudut keselesan sendiri untuk menggunakan antara tiga jenis chart seperti di atas
Swing High Low
boleh di lihat pada chart yang terdapat pada metrader,zoom in atau out mengikut kesesuain yang hendak digunakan,perkara paling penting adalah perlu tahu kemuncak dahulu (peak) dan juga lembah (valley),boleh cari dan tandakan high dan low pada chart
Cara mudah di mana anda perlu mencari high dan juga low boleh menggunakan indicator zigzag yang terdapat di platform broker yang di gunakan untuk langkah awal mengenal pasti high dan low tersebut sebagai contoh boleh rujuk pada contoh di bawah
Langkah pertama yang perlu di,boleh rujuk di bawah
add pada chart metatrader akan muncul seperti di chart di bawah line zig zag,dengan menggunakan zig zag ini antara paling mudah untuk mencari di mana high dan low bagi yang masih dalam proses belajar
Indikator ini boleh di add pada chart pelbagai currency di platform metatrader untuk proses belajar
Teknikal Support dan Resistance
Jika anda sudah mahir mencari high dan low,sangat mudah untuk mengenalpasti kawasan support dan resistance,SNR adalah zone,bukan level yang spesifik,jadi price akan menguji atau di panggil retest di level support dan resistance,sama ada price akan breakout atau tidak,jadi kekuatan SNR ini dapat di lihat sejarah-sejarah lepas dengan kekerapan harga datang kembali menguji pada zone-zone snr tersebut,jika sudah banyak menguji kawasan snr itu,semakin melemah kebarangkalian untuk bertahan atau breakout di zone snr itu,untuk mengenalpasti zone snr kukuh pastikan dapat zone snr baru sebagai contoh price datang kembali menguji level tersebut sebanyak dua hingga tiga kali sahaja sebagai rujukan contoh boleh lihat pada chart di bawah
Support mesti di bawah (LOW)
Resistance mesti di atas (HIGH)
Zone Support dan resistance ini fungsi nya sebagai untuk mencari peluang kebarangkalian tinggi untuk position sell atau buy sama ada harga membuat rejection atau berlaku breakout,kerana history yang lepas telah menunjukan bukti kuat,untukmengulang kaji history lalu pada chart,boleh semak kembali pada chart-chart yang sudah lepas di mana di kawasan SNR ini ada tindak balas harga pada zone snr
Position entry di level SNR
Buy di kawasan zone low dan sell di kawasan zone High
-Buy pada support
-Sell pada resistance
Support dan Resistance (flip)
Berlakunya breakout yang bertindak sebagai reversal SNR yang menjadi sebaliknya,iaitu SNR flip juga di kenali sebagai PPZ (price pivot zone (PPZ)
Support become resistance
Resistance become support