Belajar Forex Trading Dengan Mudah
Sebelum anda melibatkan diri dan mendalami ilmu forex trading, mesti anda telah mendengar atau membaca banyak perkara yg menarik tentang forex trading dan sbb itu juga la anda datang ke sini untuk menyelusuri lagi ilmu tentang forex trading.
Akan tetapi sebelum anda melibatkan diri dalam forex trading, anda perlu ingat dan berwaspada bahawa
Forex trading tidak sesuai untuk semua orang, hanya untuk segelintir orang sahaja kerana risikonya sangat tinggi
Kebenaran yang perlu anda tahu
Jangan libatkan diri dalam forex trading jika dalam diri anda ada sifat malas dan mudah putus asa.
Jika ada sifat malas, awal-awal lagi saya sarankan jangan teruskan niat untuk trade dan cukup berhenti di sini sahaja kerana ianya merupakan satu langkah yang terbaik untuk diri anda supaya tidak merasa kecewa. Tambahan pula, bidang forex ni hanya sesuai untuk orang yang mempunyai sifat yang betul-betul rajin dan tidak mudah putus asa.
Tidak mahu mengalami risiko kerugian.
Dalam apa-apa bisnes sekali pun mustahil jika tidak akan ada kerugian, masing-masing ada risiko tersendiri. Sebagai contoh, dalam 10 hingga 100 kali trade mesti ada 30-40 yang loss,tetapi dengan pengendalian risiko yang betul ianya dapat bertahan dalam tempoh jangka masa panjang, jika anda tidak mahu mengambil risiko kerugian, anda perlu jauhkan diri dari terlibat dalam forex.
Dalam kesusahan dan ada masalah kewangan yang teruk
Lagi sekali saya jelaskan bahawa Forex trading merupakan satu perniagaan yang mempunyai risiko tinggi, jadi jika anda berniat untuk melibatkan diri dalam forex, pastikan anda betul-betul bersedia dan mempunyai lebihan modal dan tidak mengganggu modal keperluan harian.
Menganggap forex sebagai skim cepat kaya
Tidak dinafikan dalam forex tidak mustahil untuk jadi cepat kaya kerana sudah terbukti ramai yang sudah jadi kaya dengan forex, akan tetapi ianya memerlukan kemahiran dan pengalaman seseorang itu dan ianya mengambil masa yang lama untuk menjadi mahir dan berpengalaman ,bukan ambil masa sehari dua sahaja sudah jadi mahir.. Tambahan pula proses untuk belajar dan praktis juga perlu masa untuk jadi betul-betul faham.
Emosi
Dalam forex trading juga mengambil berat tentang emosi seseorang. Jika trader itu emosinya mudah terganggu dan ada beberapa masalah kesihatan seperti sakit jantung amat lah tidak di syorkan untuk libatkan diri dalam forex kerana ianya boleh menyebabkan serangan jantung secara mengejutbapabila terlalu beremosi dan stress.
Menjadi kan forex untuk scam orang
Terdapat banyak berlaku kes penipuan dalam forex di Malaysia dan terdapat sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dalam forex untuk menipu seperti skim MLM dam ponzi dan sebagainya. Pihak yang tidak bertanggungjawab ini lah yg akan mencemarkan nama baik forex dan itu la punca orang ramai mula memandang serong tentang forex.
Trading Forex dan Pelaburan Forex
Dalam kalangan masyarakat sekarang, sudah acap kali mendengar pelbagai jenis skim pelaburan sampai satu tahap mereka beranggapan forex juga merupakan msatu pelaburan yang sama seperti pelaburan yang lain di mana ianya adalah satu trik penipuan.
Di sini ingin menerangkan tiada cara mudah untuk senang dalam forex trading, sekadar melabur dan goyang kaki tanpa melakukan apa-apa. Prinsipnya sama juga dalam bidang apa-apa pun,jika mahu senang wajib berusaha, setelah berusaha baru lah nampak hasilnya.
Keistimewaan Forex Trading
Jika anda bebas dari pekara di atas, jadi anda boleh teruskan membaca apa yang menarik tentang forex ini sehingga ramai yang ingin menjadi forex trader sepenuh masa.
-ilmu tentang teknikal forex boleh di guna untuk berdagang saham,forex dan juga kripto
-boleh trade di mana-mana sahaja anda berada, janji ada kemudahan internet dan smartphone
-tiada arahan dari bos, anda sendiri adalah bos
– Terserah pada diri sendiri sama ada hendak buat sepenuh masa atau separuh masa
-Tidaknwujud orang tengah
-modal untuk permulaan kecil
-modal minima,dan keuntungan tanpa batas (risiko kerugian tetap ada)
-boleh trade ikut suka,kerana pasaran 24 jam sehari
-tiada persaingan seperti perniagan konvensional sebagai contoh merebut pelanggan
-sesiapa sekali pun tidak boleh monopoli kerana market forex mencecah 5 trilion usd
-dapat menghadkan kerugian modal yang di dagangkan
-banyak carian sumber percuma,boleh belajar secara online, download buku pdf,ada demo akaun untuk latihan dan video tutorial percuma.
bagi yang berminat untuk membuka akaun forex4you boleh melalui pautan di bawah
https://account.forex4you.com/en/user-registration/?affid=z7jtdob
untuk share4you@copytrade boleh semak pada pautan di bawa
hhttps://www.share4you.com/en/traders/
Forex4you menawarkan 4 jenis akaun yang tertera di gambar rajah dibawah
untuk membuka akaun boleh melalui link ib di bawah
https://account.forex4you.com/en/user-registration/?affid=z7jtdob
sebarang maklumat lanjut boleh melalui facebook,Youtube Channel,dan whatsap
https://www.facebook.com/TUAHAISAR/