- Forex merupakan pertukaran mata wang kepada mata wang yang lain
- Contohnya tukar Ringgit Malaysia kepada US Dolar
- Semua Majlis Fatwa di dunia iktiraf duit kertas sebagai mata wang, sama seperti emas dan perak
- Pertukaran mata wang perlu mematuhi syarak
- Ringgit Malaysia tukar kepada Ringgit Malaysia perlu patuhi 2 syarat: Spot Transaksi & Harga dan Jumlah yang sama
- Jika tukar dua mata wang berbeza, US Dolar tukar kepada Ringgit Malaysia perlu patuhi syarat Spot Transaksi
- Spot Transaksi – Lani, tidak berlaku sebarang penangguhan
Transaksi Forex ada 3 Perkara/Keadaan
- Spot Transaksi – Berlaku secara Spot Transaksi (Transaksi Lani)
- Currency Futures (Transaksi Hadapan Mata Wang) – Tidak mematuhi syarak & tidak pernah dilakukan oleh institusi kewangan Islam di Malaysia
- Currency Options (Transaksi Opsyen) – Tidak mematuhi syarak & tidak pernah dilakukan oleh institusi kewangan Islam di Malaysia
Ciri-ciri Transaksi Forex oleh Institusi Kewangan Berdaftar dengan Bank Negara Malaysia (BNM):
- Institusi Kewangan Islam dikawal selia mengikut syarak
- Ada badan syariah yang memastikan transaksi mengikut syarak
Ciri-ciri Transaksi Forex Oleh Individu Yang Dikenali Sebagai Online Forex:
- Bukan daripada Malaysia, daripada luar negara, buka platform untuk transaksi tempatan
- Kebanyakan online broker tidak betul, hanya 10% je yang betul, 90% sekadar spekulasi dan tiada mata wang yang wujud untuk transaksi tersebut, jika Broker hanya melakukan spekulasi, maka HARAM
- Periksa adakah transaksi berlaku secara tertangguh, trade hari ini dan dapat mata wang lagi 6-7 hari kemudian, maka HARAM
- Kemudahan Margin/Leverage, modal USD100, diberi margin dan boleh berniaga USD1000, maka HARAM, Kena ada modal USD1000, baru boleh berniaga USD1000
Syarikat broker Forex yang untung berjuta-juta di luar sana tidak berani ke nak lantik panel shariah?
Syarat Online Forex Atau Transaksi Over the Counter Yang Mesti Dipenuhi:
- Pastikan broker adalah betul dan mempunyai mata wang ketika melakukan transaksi. Broker ada mata wang yang hendak kita tukarkan
- Ada duit sepenuhnya, modal USD1000 hanya boleh berniaga USD1000 dan tidak lebih (Leverage)
- Tiada margin terlibat
- Spot transaksi (Transaksi lani), ada yang dibenarkan sehingga 3 hari
4 syarat di atas wajib dipenuhi, kalau salah satu syarat pun tak meet, maka HARAM.
Syarat #2 – #4 tu mungkin individu dan broker boleh patuh, tapi bagaimana dengan #1 – siapa yang akan pantau? Anda boleh jamin broker tersebut ada semua matawang yang dipairkan dalam setiap transaksi yang berlaku?
Tiada satu pun badan yang memantau Forex Online seperti mana Suruhanjaya Sekuriti di Malaysia yang memantau segala transaksi Bank-bank Islam di Malaysia supaya mereka patuh syariah.
Syarikat forex kan semuanya berpangkalan di luar negara, maka itu dijadikan alasan supaya tak perlu berdaftar dengan Bank Negara Malaysia.